Intipati Program

Apa yang menjadikan 42 sebuah sekolah sains komputer yang unik dan inovatif yang memenuhi keperluan pasaran sambil mengubah sistem pendidikan?

Landasan Kami

Prinsip Teras 42

Tiada Pensyarah. Tiada Cikgu. Tiada Kelas.

Berkat kaedah pengajaran inovatifnya, 42 mampu menawarkan latihan terbaik tanpa perlu memerlukan kuliah. Kakitangan pedagogi sedia membantu pelajar-pelajar mencari penyelesaian mereka sendiri. Untuk maju di 42, anda perlu bekerja dalam kumpulan, belajar dengan komuniti untuk mengatasi cabaran, dan kemudian berkongsi pengalaman anda dengan rakan sebaya. Anda tidak belajar koding dengan menyalin algoritma di atas kertas!

Pembelajaran Berasaskan Projek

Di 42, pelajar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pencapaian mereka dalam kurikulum yang 100% praktikal. Meningkatkan prestasi hari demi hair tinggi adalah satu-satunya cara untuk bergerak ke hadapan. Anda selalu boleh bergantung kepada kekuatan kumpulan; memberi dan berkongsi maklumat, serta belajar dan berlatih pada masa yang sama. Kecerdasan kolektif yang semakin berkembang ini membantu pelajar memahami bagaimana persekitaran profesional berfungsi. Setiap pihak harus bergantung kepada pihak lain untuk menyelesaikan projek dengan betul.

Kegagalan Membawa Perkembangan

Di 42, kegagalan bukanlah pengakhiran, tetapi hanya SATU akhiran. Ia adalah jalan kepada kejayaan di mana anda harus menguji program, memahami kesilapan anda, membetulkannya dan bergerak ke hadapan. Di 42, anda akan menikmati ganjaran kerana dapat mencari penyelesaian sendiri. Ini bukan tentang menyalin model tanpa berfikir. Pemahaman adalah perkara yang amat penting, walau apa pun cara yang anda gunakan untuk mencapainya.

Pembelajaran Rakan Sebaya

Jika anda memohon ke 42, jangan mengharapkan seorang "pakar" yang berpengetahuan akan mengajar anda. Dalam sistem pembelajaran ini, anda perlu mencari jawapan sendiri, bertanya kepada rakan sebaya untuk menunjukkan dan menerangkan perkara-perkara yang tidak difahami. Ilmu yang diterima bolehlah anda sampaikan kepada rakan sebaya yang lain. Kaedah ini membolehkan anda bergerak ke hadapan dan mengasah kemahiran anda melalui penyelidikan, eksperimen, dan mempertahankan pendekatan peribadi anda terhadap masalah yang diberikan.

Penilaian Rakan Sebaya

Dalam pendidikan konvensional, penilaian biasanya berlaku pada akhir kurikulum. Namun, di 42, pembelajaran adalah berasaskan penilaian berterusan dan penilaian rakan sebaya. Ia mengharuskan pelajar menilai kerja satu sama lain menggunakan skala penarafan yang ditetapkan oleh kakitangan pengajar. Pendekatan ini mempromosikan dialog dan memungkinkan pertukaran nasihat untuk membantu pelajar maju dan mencari kaedah alternatif. Di 42, tidak pernah ada satu jawapan yang pasti. Tidak ada satu model tunggal yang harus diulangi dan dihafal oleh pelajar.

KERJA KUMPULAN BUKAN PLAGIARISME

Di dalam bilik darjah, kita jarang digalakkan untuk bergabung minda atau berkongsi maklumat dalam menyelesaikan projek. Di 42, ia adalah sebaliknya. Apabila projek individumenjadi terlalu sukar untuk ditangani, kami mengalakkan perkongsian maklumat dan kerjasama antara pelajar. Dengan mendekati seseorang yang menghadapi masalah yang sama, anda boleh berkongsi pemikiran dan perspektif anda. Setiap orang membawa kelebihan masing-masing. Bersama-sama, anda boleh memahami dan mencari jalan penyelesaian.

Piscine merupakan kesempatan untuk mengenal kaedah pengajaran 42 selama sebulan sebagai percubaan: mulakan proses permohonan hari ini!

Gamifikasi

Pembelajaran Gamifikasi

Pendekatan pembelajaran berkonsep gamifikasi di 42 menawarkan persekitaran yang memberikan motivasi di samping menjadikan prose pembelajaran kekal menarik. Konsep ini meningkatkan kualiti pengajaran dan kesejahteraan pelajar. Sekiranya anda gagal dalam sesuatu projek, anda boleh mencuba lagi sehingga berjaya, sama seperti dalam permainan video. Projek yang berjaya, memberi anda Mata Pengalaman. Selepas setiap projek, anda akan mendapat projek seterusnya selaras dengang kemajuan kemahiran anda dalam kurikulum. Kesemua rekod ini juga akan tercatat dalam profil peribadi anda dalam sistem pembelajaran kami. Anda boleh memperoleh "badges" dan "achievements" dalam sistem untuk persaingan mesra antara rakan sebaya.

Kurikulum ekslusif untuk bakat terbaik

Menghadapi Masa Depan

Kepentingan "Learning to Learn"

Bagaimanakah anda boleh membentuk dunia masa depan dengan teknologi dari masa lampau? Di 42, anda belajar cara untuk belajar. Daripada mempelajari bahasa-bahasa koding yang tertentu dan moden, kurikulum di 42 membantu anda memahami dan menguasai sebarang jenis bahasa. Latihan yang hanya berdasarkan pada satu bahasa koding tertentu mungkin akan cepat menjadi usang. Bahasa pengaturcaraan yang anda pelajari di 42 membantu anda memahami konsep-konsep yang boleh anda gunakan di mana-mana.

TEMPOH PROGRAM

3-TAHUN (Secara Purata)

Tidak semua individu memahami konsep pada kadar yang sama, jadi mengapa mengenakan had masa? Di 42, program ini tidak terikat kepada kalendar akademik. Secara purata, pelajar akan bersiap sedia untuk memasuki pasaran pekerjaan dalam tempoh satu hingga tiga tahun. Kurikulum dibahagikan kepada dua bahagian: program teras yang merangkumi pelbagai topik dalam sains komputer. Kemudian dalam bahagian kedua, pelajar boleh mengkhususkan diri dalam bidang kegemaran mereka. Kurikulum teras perlu disiapkan dalam tempoh maksimum 18 bulan. Manakala bahagian kedua boleh mengambil lebih masa untuk disiapkan, bergantung kepada pemilihan pengkhususan pelajar. Jadual pembelajaran adalah bergantung kepada setiap pelajar.

Fasa Awal

Had 18-bulan untuk kurikulum teras boleh dianggap lama untuk pelajar yang sangat komited. Tetapi, ia membantu pelajar lain mengikuti rentak mereka sendiri dan memberi peluang kepada mereka yang perlu bekerja pada masa yang sama, atau ingin mempertajamkan kemahiran mereka.

Penangguhan

Apabila menghadapi situasi yang tidak dijangka atau kecemasan, pelajar memiliki opsyen yang dipanggil unit anti-graviti untuk menghentikan sementara program mereka. Ini membantu mereka untuk mengambil cuti dalam kurikulum hingga tiga kali dengan jangka masa tidak melebihi 6 bulan secara keseluruhan.

Landasan Pelancaran

Selepas kurikulum asas, pelajar selalunya berminat untuk memasuki pasaran tenaga kerja dengan secepat mungkin. Fleksibiliti program memberikan mereka keutamaan untuk menghabiskan program dan menjadi alumni mengikut kadar masing-masing.